Want your
own Fotopage?








 
diang lukut's FotoPage
resepi
By: diang lukut

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Oct-2011 00:28 Email | Share | | Bookmark
Maybank Global CSR 2011 - PAYDA

anak-anak PAYDA
Komeh kak jangan tak komeh
Ni tengah main pecah belon air
Lawan Sorak
lagi Lawan Sorak
Pasukan menang lakonan
Anak-anak kecil dgn hadiah basikal
Cenderahati dari Pengasas PAYDA
Gambar bersama anak-anak PAYDA sebelum balik
Kali ni nak share beberapa gambar hasil kerja mata ku..
Selalunya, hubby yg ambik gambar any event, tapi, kali ni aku pinjam kamera canggih hubby ku, aku lak ambik gambar.. hmm.. jom tengok beberapa gambar hasil koje ku for the day..

Event venue: Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA), Ampangan, Seremban

Tugasan ku :
1. Membantu team menukar cadar. Sempat menolong siapkan 1 bilik jer.
2. Ambik gambar aktiviti yg berlangsung...

Terima kasih kepada sume yang menjayakan aktiviti hari tu..

Add comment


Monday, 3-Oct-2011 05:47 Email | Share | | Bookmark
Char Kue Tiaw

taugeh
kuchai
bawang putih - ditumbuk
kue tiaw halus
stok udang
Bahan:
1 mangkuk kecil kue tiaw ( 70g)
3 ekor udang
1 camt isi kerang
1/4 camt Bawang putih - ditumbuk lumat dgn sedikit garam
1/4 - 1/2 camt cili boh
sedikit kuchai
sedikit taugeh
3 - 4 senduk kecil stok udang - rebus kulit + kepala udang dgn sedikit air. ambil airnya shj (diameter mulut senduk 2.5 inci)
1 butir telur
1 camb kicap masin
1 camb kicap manis
2 camb minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak, pijarkan bawang putih + cili boh sekejap.
2. Besarkan api, masukkan udang. Tumis kejap, masukkan kicap manis + kicap masin.
3. Masukkan stok, kue tiaw, taugeh, kuchai, isi kerang.
4. Kacau kejap, masukkan telur, kacau sikit, bagi rata.
5. Tutup api, dan hidangkan panas.

Resepi utk satu hidangan - cam makan kat kodai tu..
Nak lagi best, masak pakai dapur yg cam kodai tu.. cam kami kat umah.. hehehe

Add comment


Monday, 19-Sep-2011 05:45 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Aidil Fitri 2011

rempah tumis
daging & nasi
pergh..
View all 15 photos...
AsSalam Sume dan Salam Aidul Fitri. Bersyukur kita sekali lagi berpeluang merayakan Aidil Fitri. Tahun ni, utk juadah aidil fitri kami, kami menghidangkan... Nasi Lamb Mandy & Chicken Mandy, pizza (panas dari oven), Nasi Impit & kuah sup (ala soto ayam), lemang & rendang ayam, tiramisu, buah-buahan.. untuk menghilangkan rasa lemak, kami hidangkan air teh lemon, air suam tak lupa, air teh tarik dan juga minuman ringan bergas.. guesss pilih sendiri ler..

Gambar memang tak sempat nak ambik.. tapi, seperti yang dah saya janjikan, kat sini nak update resepi-resepi sensasi (yg belum pernah terbit kat fotopages ni lagi..)

Nasi Mandy Kambing (resepi asal saya ambil dr blog Dr Adilah.. terima kasih sebab share). Kini saya share pulak dgn kengkawan..

Nasi Lamb Mandy
Bahan utk masak lamb (bebiri):

1kg lamb (gi kodai cakap potong cam nak buat beriyani)
15 ulas bawang putih
1 ketul halia (sebesar saiz 2 jari anda)
garam secukup rasa
air
periuk yg sesuai

Cara masak daging:
1. Halia + bawang putih dikisar halus.
2. Sediakan periuk yg sesuai (saya gunakan pressure cooker, ambil masa 1 jam utk masak. Kalau pakai periuk biasa, dlm 3 jam utk daging empuk), masukkan daging, halia, bawang putih dan garam. Masak sehingga daging empuk. Tutup api.

Bahan utk nasi:
Beras Basmathi super panjang (baru nampak cam Al-Rawsha) - guna beras jasmine Pusa 1121
Rempah tumis (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang & cengkih)
1 camb Minyak sapi
Kismis - secukup rasa
air rebusan secukupnya

Cara utk masak nasi:
1. Ambil beras dan bersihkan rendam sekejap (ikut seperti arahan belakang pek beras).
2. Ambil 1 camb minyak sapi, panaskan dan tumis rempah tumis hingga naik bau. Tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan beras dlm periuk nasi, air lemon, kismis, daging yg dah direbus tadi, bahan yg ditumis tadi (miyak sapi pun leburkan jugak), dan air rebusan secukupnya (ikut sukatan air utk beras tu, saya buat lebihankan 1/2 bahagian air).
4. Masak sehingga nasi masak. Biarkan seketika dlm 10 minit, sebelum nasi dihidangkan.

Pizza
Bahan Doh:

1kg tepung roti
60g gula
2 camt garam halus
2 pek ibu roti (mauripan)
600ml air
100ml minyak masak

Cara:
1. Tepung + garam + gula + ibu roti dimasukkan dlm mangkuk adun.
2. Adun hingga rata, masukkan campuran air + minyak.
3. Adun sehingga menjadi doh.
4. Rehatkan sebentar, biar doh naik sekejap.
5. Lanyak lagi doh anda dan lepas tu, bahagikan doh kepada bahagian yang lebih kecil. Saiz dlm 250g atau 300g.
6. Dgn mengunakan pencanai, canai doh anda menjadi leper dlm ketebalan 7mm.
7. Ambil garfu, dan cucuk doh anda. Biarkan seketika sebab doh akan naik sedikit lagi.
8. Bila nampak doh dah mula naik, anda boleh membakar dlm ketuhar dgn kepanasan 180C. Bakar separuh masak.


Sos tomato:
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 tin besar pati tomato
4 biji tomato yg masak ranum
1 camb sos cili (jika suka)
sedikit oregano
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun secukupnya

Cara:
1. Ambil tomato segar tadi, dgn menggunakan pisau, cucuk keseluruhan permukaan tomato. Dalam periuk, masukkan tomato, garam dan air secukupnya dan rebus hingga kulit tomato nampak tersiat.
2. Kisar tomato tadi hingga hancur - air rebusan tomato jgn dibuang, nanti nak guna balik.
3. Sediakan kuali, panaskan sedikit minyak zaitun (hanya sekadar cukup utk menumis bawang putih), tumis bawang putih yg telah ditumbuk tadi sehingga wangi.
4. Masukkan tomato puri, tomato yg telah dikisar, air rebusan tomato tadi, serta sedikit sos cili (jika suka), sedikit oregano, garam dan sedikit gula.
5. Masak sehingga pekat, kacau sekali-sekala supaya tidak berkerak. Siap.


Inti:
Isi ayam
hirisan sosej
lada hitam
bawang besar holland
capsicum hijau
cendawan butang
nenas (pakai yg dlm tin jer)

Peringatan:
Jika anda mengguna isi udang/ayam/ daging, sila pastikan ianya dimasak dahulu sebelum diletakkan di atas pizza anda.


Bagi pizza hari ini, saya mnggunakan isi ayam.

1. Isi ayam (ambil bahagian dada), dihiris nipis dan halus.
2. Perap isi ayam dgn sedikit sos tiram, garam, serbuk lada hitam. Perap dlm 1/2 jam.
3. Panaskan sedikit minyak (jgn sampai banjir), tumis isi ayam anda, dan masaklah dgn api perlahan sehingga segala air ayam tu tersejat.
4. Bila ayam anda dah kekuningan, boleh la angkat dan sejukkan sebelum di letakkan di atas pizza anda.

Cara menyelesaikan pizza anda:
1. Ambil sedikit sos tomato tadi, dan sapukan atas doh pizza.
2. Letakkan segala junis benda yg anda nak letak.
3. Akhir sekali, boh keju mozzarella secukupnya.
4. Bakar sehingga keju cair. Sangat enak dimakan semasa panas..

Tiramisu sempoi...
Bahan:

500g keju krim
120g gula halus
4 biji telur ( asingkan putih & kuningnya)
secubit garam
beberapa keping kek span (atau gunakan sponge fingers)
air kopi pekat

Cara:
1. Pukul putih telur & garam sehingga menjadi buih pekat. Ketepikan.
2. Pukul telur kuning & gula hingga kembang.
3. Masukkan keju krim dan pukul lagi hingga keju tidak lagi berketul.
4. Masukkan putih telur dan adun sehingga sebati.
5. Sediakan mangkuk, celupkan selapis kek span dgn ait kopi, dan letakkan sebagai bahagian dasar kek. Seterusnya, tunagkan sedikit adunan krim keju tadi. Lapiskan lagi dgn sekeping kek yg telah dicelup dgn air kopi tadi. Lakukan seperti ni sehingga campuran keju abis. Pastikan lapisan terakhir ialah campuran keju.
6. Ayakkan sedikit serbuk koko di atas permukaan tiramisu.
7. Biarkan tiramisu sejuk dlm peti sejuk, baru boleh makan.. (ia akan membeku bila disejukkan)


Add comment


Thursday, 7-Jul-2011 00:41 Email | Share | | Bookmark
Betapa Suburnya Kebun Sayur Ku..

sayur 060711
malam tadi berpeluang menuai sedikit lagi hasil tani ku..

Alhamdulillah.. makan tak abis..
ni sebahagian dari hasil Siew Pat Choy & Sawi Puteh..
tu boh kat dalam tudung saji, lepas basuh senang nak toskan air.. kalau tak basuh, penuh tanah..

moh lihat hasil sayurku..

utk kengkawan.. jom ler kite berkebun.. bukan susah pun, dalam pasu pun boleh.. dalam tayar pun boleh. Pendek kata, kalau nak bercucuk tanam, mane pun boleh..
dan.. yang paling penting semua hasil tani ku tiada racun perosak.. saya mempraktikan bertani secara organik.. kan ker lebih sihat..

Ape pun yg kite lakukan, sentiasa memohon semoga Allah merestui usaha kita tu..
Kita hanya mengusahakan, Allah yang menentukan..

Add comment


Wednesday, 6-Jul-2011 00:37 Email | Share | | Bookmark
Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah

Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah
hehe.. cubaan pertama nasi lemak kukus.. berjaya jugak.

buatnya takde la susah sangat, tapi, mmg banyak koje..
moh tengok cara nak buat

Nasi Lemak Kukus
Bahan:

Beras
garam secukup rasa
santan
pengukus

1. Basuh beras dan kukus selama 20 minit (nampak cam nasi mentah, takpe jgn risau).
2. Keluarkan beras dari kukusan dan rendam beras tu sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam semalaman, sebab nak makan pagi kukus malam).
3. Sekarang anda nampak beras tu dah kembang/memanjang.
4. Sekarang, kukus semula beras yg telah direndam tadi selama 15 minit.
5. Santan dicampurkan dgn sedikit garam, dan gaulkan dgn nasi yg telah dikukus tadi. Biarkan sekejap dlm 10 minit.
6. Kukus semula hingga nasi anda masak.
SIAP...

Hidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus, potongan timun dan kalau rajin sikit, buat ler ayam goreng rempah..

Ayam Goreng Berempah
Ayam - dipotong kecil
2 camb rempah kari daging
1 batang serai - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 camt jintan manis
1 camt ketumbar
1 biji telur
1 tangkai daun kari
2 camb tepung jagung
sedikit garam

Cara:
1. Masukkan suma bahan dalam tupperware dan gaul rata. Biarkan perap dlm 1 jam (saya perap semalaman)
2. Panaskan minyak, goreng deep fry sampai masak.




Add comment


Tuesday, 5-Jul-2011 08:05 Email | Share | | Bookmark
Menu Tengahari nyum nyum...

Menu Tengahari.. nyum nyumm
Menu makan tengahari yg sempoi.. yang penting, ade sayuran & ada haiwan-haiwannya..

Menu kami:
Ikan terubuk bakar
Cecah - kicap
Cecah - Budu
Bendi celur - segar dari belakang rumah
Sayur Patt Choy - segar dari belakang rumah..

pergh.. meleleh air lior.. syiok nye..

Add comment


Tuesday, 5-Jul-2011 04:44 Email | Share | | Bookmark
Nasi Beriyani Gam

Nasi Beriyani Kambing
Hari ni nak kongsi resepi Nasi Beriyani Kambing.

Resepi asal dari tim BAKAT tahun 70an (mak gi kelas BAKAT dolu dolu). Aku, kebas jer..
Terima kasih utk tim BAKAT 70an sebab kongsi resepi dgn ahli-ahli BAKAT. Aku memang berbakat tang makan..

Ok.. jom kite tinjau resepinya.. aku dah cuba berkali-kali memang senang amek.
Tak rugi, buat terutama time malas nak masak, tapi nak makan sedap..

wokay jom tengok bahannye..

Nasi Beriyani Kambing
Bahan:
1 kg kambing - gi pasar cakap kambing/bebiri nak masak beriyani nanti depa pilih & potongkan
2 camb rempah beriyani
2 camb sos tomato
2 camb puri tomato
3 camb minyak masak
1 tin kecil minyak sapi
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
5 biji badam
1 labu bawang besar - potong membulat nipis
2 biji tomato - potong membulat nipis
1/4 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup - dikerat 4
2 angkai daun bawang - dikerat 4
1/4 cawan kismis
1 cawan air
1/2 tin susu cair + air limau nipis (dijadikan tairu - susu mendadih sedikit)
madu - secukupnya
garam

Caranya:
1. Bawang merah + bawang putih + halia + badam - ditumbuk lumat
2. Bersihkan kambing/bebiri tadi. Ambik periuk cukup besar, masukkan semua kambing dan bahan bahan di atas. Kacau sebati, rasa rempah tu berasa manis nya. jangan lupa garam secukup rasa.
3. Dengan api kecil & perlahan, masak kambing tadi sampai naik minyak, daging empuk. Kalau nampak kuah nak kering, tapi daging masih liat, tambahkan jer sedikit air.
4. Dari semasa ke semasa, kacau sedikit supaya bahagian bawah periuk tak berkerak.
5. Bila dah empuk, tutup api. kaup sedikit minyak dari lauk tadi utk kite masak nasi pulak.

JANGAN AMBIL REMPAH NYA, AMBIK MINYAK SAHAJA..

Bahan Nasi
3 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
3 cawan air
minyak dari lauk beriyani
bawang goreng
kismis
daun sup - dikerat 4
daun bawang - dikerat 4
1/2 tin susu cair + air limau (tairu) + sedikit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit air mawar - pakai perisa ros jer..

Cara:
1. Masak air dalam periuk nasi sampai didih. Bila dah mendidih, masukkan beras yg telah ditoskan tadi.
2. Masak sampai 1/2 masak. Keluarkan dr periuk nasi.
3. Sekarang masa utk melapis. Memula letak sedikit nasi, boh sedikit tairu, kismis, pewarna kuning, bawang goreng, daun sup, daun bawang, minyak beriyani, pewarna kuning, air ros.
4. Tutupkan lapisan dgn sedikit nasi lagi. Kemudian, boh lagi bahan lapis tadi, dan buat sehingga nasi abis.
5. lapisan terakhir mesti bahan melapis, iaitu, minyak, bawang goreng, .dll.
6. Boh tudung periuk, dan masak balik nasi tadi sampai nasi masak.


p/s: utk 3 cawan beras, biasanya cukup dgn 2 kali melapis aje..
tips: jgn boh terlalu banyak minyak setaip lapisan, saya boh dlm 1 - 11/2 camb minyak beriyani. kalau berminyak sgt pun tak sedap.

Enak juga dihidang dgn acar timun..

Acar timun
1/2 biji timun
1 potong nenas
2 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam

Cara:
1. Timun di belah 4 memanjang dan racik
2. Nenas juga dipotong memanjang dan racik
3. Bawang besar juga dipotong 4 memanjang dan racik
4. Cili dipotong 4 menjang dan racik
5. masukkan suma bahan tadi dalam mangkuk dan perisakan dgn cuka, gula dan garam.


Add comment


Monday, 16-May-2011 04:55 Email | Share | | Bookmark
jom lihat kebun ku..

 
 
 
View all 17 photos...
dah lama tak update gambar kat sini..
kebetulan hubby terrajin lak nak ambik gambar, so.. minta la gambar hubby ambik tu nak update kat sini.. ni dia.. nak share gambar-gambar terbaru kebun ku.. err.. suasana kebun di bulan April..
esok.. CUTI.. leh la ambik gambar terkini kebun ku..

Add comment


Monday, 21-Feb-2011 05:22 Email | Share | | Bookmark

 
Masa Untuk Menuai...

Semalam Ahad 20/02/2011, hari menuai sayuran kat kebun ku..
hmm... Alhamdulillah, ni ler rezeki kerana berbudi kepada tanah..
kot den maleh, memang takdo la...

tapi.. memang berbaloi... lepas tuai, bagi gembur sane sini, aku buat replanting...
ni pun bukan tuai sume.. sejemput jer... kalau semua agaknye, mau berbakul..

sebab dah tak larat nak makan, masak pun weekend jer.. hubby soh bawak jer gi ofis.. so, takkan nak bawak seketul jer, dituai jugak satu rumpun serai... tu ler rupa tuaian ku.. boleh la.. gi koje naik bas, kalau naik lori leh angkut banyak lagi.. hehehehe

Add comment


Friday, 18-Feb-2011 04:39 Email | Share | | Bookmark

lobak merah
 
 
View all 5 photos...
Dah lama tak update fotopages ni.. sibuk banyak, mengenangkan hasil kebun ku..
kali ni nak share dgn kengkawan rupa hasil tani ku yang akan dituai tak lama lagi..

dalam kepenatan koje, sempat juga la luangkan sikit masa bercucuk tanam.. masa mula tabur benih, rasanye ujung bulan 11 kot.. tak ingat the exact date.. tapi, tgh bulan 12, ade yang dah naik.. jadi 17/12/2010, aku dengan terhegeh-hegeh, bawak cangkul kecik dgn spade nak ngorek pokok ku yang dah naik.. kena alih coz rapat sangat.. buat satu pokok, satu jer.. lani satu tempat sampai 2-3 pokok.. maklum ler, tabur benih sampai 3-4 biji selubang.. dah jadi cambah sume.. tu yang kena alih tu..

ooo lupa nak bagitau, projek tanaman kali ni, tanam sawi.. rasanya mase tabur ari tu aku tabur 2 jenis, tapi yg kuar cuma 1 jer.. takpe la.. yg dominan dia la menang kan?..
jadi, hasilnya, aku alihkan sawi putih sahaja..

dan... pada 12/02/2011.. dgn rasa gumbira dan syiok tak terhingga hasil kebun ku WOW.. syukur kepada Allah.. ni ler namanya rezeki berbudi kepada tanah.. korang tengok la sendiri sayur ku...
tak abis makan seminggu.. boleh jual ni.. bawak ofis kot.. hehehehehe

juga nak tunjuk kang kengkawan lobak merah ku.. boleh la.. ade cam pesen From the Garden to the Kitchen tak?..

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com